Pilihan keenam Thiem sebelum ini berjaya melang­kah ke separuh akhir tanpa menjatuhkan set dan telah menewaskan juara bertahan Serbia Novak Djokovic di peringkat suku akhir.

Nadal, 31, tampak bersedia untuk merampas kembali mahkota Roland Garros selepas terkubur selama dua tahun, biarpun turun selaku pilihan keempat kejohanan namun tidak menghalangnya untuk menjadi pemain pertama memenangi grand slam yang sama sebanyak 10 kali.

Pemain kelahiran Sepanyol itu bakal berdepan Stan Wawrinka dalam perlawanan akhir esok, yang juga pertemuan kedua mereka di Roland Garros, dengan Nadal menang ke atas pemain Switzerland itu empat tahun lalu.

“Sekarang masih ada satu lagi perlawanan getir, iaitu menentang lawan yang sangat sukar. Dia bermain dengan cukup baik hari ini, jadi sudah tentu Stan akan turun dengan keyakinan penuh pada Ahad in.

“Dia seorang pemain yang berbahaya kerana dia mampu pukul bola de­ngan kuat. Saya perlu lebih agresif, kalau tiada saya akan berdepan masalah,” kata Nadal merujuk kepada kemenangan lima set Wawrinka ke atas pilihan utama Andy Murray.

Dalam pada itu, sekali pun berupaya melakar rekod dengan menjuarai gelaran Roland Garros sebanyak 10 kali, namun Nadal mengambil sikap me­rendah diri. – REUTERS