Pemain No. 1 dunia itu meraih kemenangan 6-1, 6-4, 6-4 bagi mengikat kedudukan menjadi 2-2, sebelum pemain veteran, David Ferrer berhempas pulas untuk melakar kejayaan 7-6 (7/1), 3-6, 7-6 (7/4), 4-6, 7-5 ke atas Philipp Kohlschreiber.

Nadal mencatat kemenangan selesa ke atas pemain No. 4 dunia, Zverev dengan menyaksikan pertemuan tersebut merupakan perlawanan kedua pemain berusia 31 tahun itu sejak pulih daripada kecederaan pinggul.

Nadal berkata selepas perlawanan, dia masih berusaha untuk kembali mendapatkan prestasi terbaiknya.

“Set pertama berlangsung dengan cukup hebat. Ada ketikanya saya sedikit hilang kawalan kerana perlawanan ini amat mencabar, saya terpaksa bersaing dalam tempoh yang lama dan untuk mengekalkan tahap permainan seperti di set pertama agak sukar.

“Tetapi perlawanan ini amat penting dan saya sangat gembira,” kata Nadal. - AFP