Dia mengambil keputusan tersebut selepas kecederaan pinggulnya tidak menunjukkan sebarang perubahan positif.

Pemain berusia 31 tahun itu mengakui semakin hampir untuk menggantung raket.

Juara Wimbledon dua kali itu bercadang mengucapkan selamat tinggal secara rasmi pada Julai ini dalam kejohanan yang mana dia pernah menjuarainya pada 2013 dan 2016.

Murray juga menerima hakikat dia mungkin tidak dapat beraksi dalam final Terbuka Australia yang mungkin menjadi kejohanan terakhirnya kerana mengalami penyakit kronik.

Juara Olimpik itu bimbang tidak dapat melepasi pusingan pertama menentang Roberto Bautista Agut, Isnin ini dan ia mungkin akan menjadi perlawanan terakhir dalam kariernya.

“Saya bergelut untuk tempoh yang lama. Sudah hampir 20 bulan saya menanggung kesakitan.

“Saya sering rasa sakit ketika memakai stokin dan kasut. Saya sudah bercakap dengan pasukan, saya tidak boleh teruskan lagi.

“Sudah pasti yang terakhir (Terbuka Australia). Saya tidak pasti sama ada boleh bertahan seperti ini untuk empat atau lima bulan lagi.

“Saya tidak boleh lagi beraksi di Wimbledon. Di sini saya akan berhenti bermain. Saya tidak pasti sama ada saya boleh teruskan lagi,” katanya.

Murray berkata, seandainya dia menjalani pembedahan sekali lagi, ia akan menamatkan kariernya tetapi akan mempertimbangkan untuk memboleh­kan dia hidup lebih baik selepas bersara.

“Saya ada pilihan untuk menjalani pembedahan sekali lagi tetapi ia lebih menyakitkan berbanding sebelum ini.

“Memperbaiki semula struktur pinggul akan membolehkan saya hidup lebih baik tanpa sebarang kesakitan,” katanya lagi.– AGENSI