Dia mengambil keputusan itu selepas kecederaan pinggulnya tidak menunjukkan sebarang perubahan positif.

Pemain berusia 31 tahun itu mengakui dia semakin hampir untuk menggantung raketnya.

Juara Wimbledon dua kali itu mahu meninggalkan sukan itu pada Julai ini di kejohanan yang dia menjadi juara pada 2013 dan 2016.

Dia juga menerima hakikat bahawa dia tidak dapat beraksi di final Terbuka Australia yang mungkin menjadi kejohanan terakhirnya kerana mengalami kesakitan kronik.

Murray juga bimbang dia tidak dapat melepasi pusingan pertama menentang Roberto Bautista Agut, Isnin ini dan ia mungkin akan menjadi perlawanan terakhir dalam kariernya.

“Saya bergelut untuk tempoh yang lama. Sudah hampir 20 bulan saya menanggung kesakitan kronik ini.

“Saya sentiasa berasa sakit ketika memakai stokin dan kasut. Saya sudah bercakap dengan pasukan, saya tidak boleh teruskan lagi. Saya perlu tamatkan semua ini,” katanya.-AGENSI