Bekas pemain No.1 dunia dari Britain itu tidak beraksi dalam kejohanan kompetitif sejak tersingkir di suku akhir Wimbledon, Julai tahun lalu dan kini menghuni ranking ke-19 dunia.

Murray akan berehat selama 14 minggu bagi proses pemulihan dan dijangka kembali ke gelanggang Jun ini.

“Hari ini saya selesai menjalani pembedahan pinggul kanan di Hospital St. Vincent.

“Saya berterima kasih kepada Dr. John O’Donnell dan semua kakitangan yang menjaga saya. Saya tidak sabar untuk kembali ke saingan tenis secara kompetitif di gelanggang rumput musim ini.

“Terima kasih kepada semua yang menghantar ucapan dan menyokong saya sejak beberapa hari lalu. Saya akan kembali,” kata Murray.

Pemain berusia 30 tahun itu dapat menerima hakikat bahawa dia terpaksa mengurangkan bebanan latihan semasa di dalam gelanggang.

“Sudah pasti saya tidak akan menyertai kejohanan yang banyak seperti sebelum ini dan akan berusaha untuk meraih kedudukan No.1 semula.

“Saya akan pertimbangkan jumlah kejohanan yang sesuai, meskipun beraksi secara konservatif untuk pemain dalam siri jelajah dan cuba untuk memenangi kejuaraan utama serta kejohanan besar berbanding meraih kedudukan No.1,” katanya. – AGENSI