PEMAIN British, Andy Murray selepas meraih kemenangan ke atas pemain Jerman, Dustin Brown dalam aksi pusingan kedua Wimbledon, awal pagi tadi. - AFP

Dalam aksi pusingan kedua, Konta yang juga pilihan keenam kejohanan tidak berdepan masalah besar untuk menewaskan pemain Croatia, Donna Vekic dengan keputusan 7-6(4) 4-6 10-8 dalam tempoh tiga jam 10 minit di Centre Court manakala pemain No.1 dunia Murray menewaskan Dustin Brown dari Jerman 6-3 6-2 6-2.

Dua lagi pemain British yang melangkah ke saingan pusingan ketiga ialah Heather Watson dan Aljaz Bedene.

Watson melangkah ke pusingan ketiga selepas meraih kemenangan ke atas pilihan ke-18 dari Latvia, Anastasija Sevastova dengan keputusan 6-0 6-4 manakala Bedene terpaksa bekerja keras bagi menewaskan pemain Bosnia Damir Dzumhur sebelum menang 6-3 3-6 6-3 6-3. - REUTERS