Dalam ranking yang dikeluarkan ATP hari ini, bintang tenis Britain itu mengumpul 11,870 mata, mengatasi jaguh Serbia, Novak Djokovic (8,085), manakala dua pemain Switzerland, Stan Wawrinka dan Roger Federer masing-masing di tangga ketiga serta keempat.

Seminggu selepas muncul juara Monte Carlo Masters, Nadal meneruskan rentak cemerlang dengan merangkul kejuaraan ke-10 pada Terbuka Barcelona semalam selepas menang 6-4, 6-1 ke atas pemain Austria, Dominic Thiem, pemain yang mengalahkan Murray di separuhg akhir.

Dua kemenangan berturut-turut itu bagaimanapun tidak merubah kedudukan jaguh Sepanyol tersebut dalam ranking dunia apabila dia kekal di tangga kelima di belakang Federer.

Juara Terbuka Budapest, Lucas Pouille dari Perancis pula melonjak ke ranking terbaik dalam kariernya dengan berada di kedudukan ke-14, sementara pemain muda Rusia berusia 20 tahun, Karen Khachanov naik 14 anak tangga ke kedudukan ke-42 selepas melangkah ke suku akhir di Barcelona.- AFP

RANKING DUNIA

=============

1. Andy Murray (GBR) 11,870 mata

2. Novak Djokovic (SRB) 8,085

3. Stan Wawrinka (SUI) 5,695

4. Roger Federer (SUI) 5,125

5. Rafael Nadal (ESP) 4,735

6. Milos Raonic (CAN) 4,165

7. Kei Nishikori (JPN) 4,010

8. Marin Cilic (CRO) 3,565

9. Dominic Thiem (AUT) 3,535

10. David Goffin (BEL) 2,975