Murray, naib juara tahun lalu selepas tewas kepada Novak Djokovic bakal bertemu juara 2015, Stan Wawrinka untuk menempah tiket ke pentas akhir Roland Garros.

Itu merupakan perlawanan ulangan apabila Murray menewaskan Wawrinka dalam pertarungan empat set di peringkat dan kejohanan yang sama pada tahun lalu.

“Setakat ini dia beraksi dengan cemerlang. Tahun lalu merupakan perlawanan terbaik saya di atas gelanggang tanah liat untuk menewaskan dia. Saya tahu pertarungan ini pasti sengit namun saya akan berusaha bersungguh-sungguh.

“Tiada laluan mudah untuk saya namun tahun-tahun sebelum ini memberi pengalaman yang baik kepada saya,” kata Murray. - AFP