Pemain berusia 30 tahun itu sebelum ini bergelut untuk pulih daripada kecederaan pinggul selain berdepan masalah untuk berada pada tahap kecergasan 100 peratus dalam menghadapi musim baharu nanti.

Bintang tenis Britain itu yang kali terakhir beraksi ketika kalah kepada Sam Querrey di suku akhir Wimbledon tahun ini bagaimanapun berkata, dia akan menguji kecergasannya terlebih dahulu dengan menyertai kejohanan pemanas badan di Brisbane International yang bermula 31 Disember ini. - AFP