Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) Mahizi Mahmood berkata, pengalaman sebagai Naib Presiden dan menggalas tanggungjawab sebagai exco sebelum ini menjadi kelebihan utama berbanding calon-calon lain yang menawarkan diri.

 "Secara peribadi, saya lihat Kafa perlu dipimpin oleh mereka yang sudah masak dengan selok-belok badan berkenaan. Jadi calon yang paling layak ialah Muhammad Nasir.

 "Saya cukup yakin, jika Muhammad Nasir dipilih beliau mampu membawa perubahan baharu kepada Kafa sebagaimana yang diharapkan oleh penyokong The Red Warriors,"katanya.

 Selain Muhammad Nasir,  Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu Bibi Ramjani Ilias Khan; jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman dan Presiden Kumpulan Secretleaft Internasional Sdn. Bhd Amir Ramadzan menyatakan kesediaan untuk menduduki kerusi No.1 Kafa itu. - UTUSAN ONLINE