Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Muhammad Hakimi, Jun Hoong dinobat Olahragawan, Olahragawati Perak

MUHAMMAD Hakimi (tiga dari kanan) dan Cheong Jun Hoong (tiga dari kiri) bersama Sultan Perak, Sultan
MUHAMMAD Hakimi (tiga dari kanan) dan Cheong Jun Hoong (tiga dari kiri) bersama Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam majlis Anugerah Sukan Negeri Perak di Ipoh hari ini. -UTUSAN ONLINE/ZULKARNAIN SAIDIN

IPOH 19 Mei – Atlet lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail dan pemenang pingat perak acara terjun di Sukan Olimpik, Cheong Jun Hoong masing-masing dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Negeri Perak dalam majlis Anugerah Sukan Negeri di sini hari ini.

Kemenangan itu membolehkan kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, trofi dan piala pusingan.

Anugerah disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Anugerah yang diberikan adalah berdasarkan pencapaian cemerlang kedua-dua atlet tersebut di sepanjang tahun 2015 dan 2016. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain