Dalam aksi di Padepokan Pencak Silat Taman Mini Indonesia itu menyaksikan Muhammad Faizul tewas 0-5.

Perlawanan itu menyaksikan pesilat negara dikenakan penalti selepas lawannya berpura-pura kesakitan di bahagian tekak sedangkan serangan Muhammad Faizul tidak dilakukan ke arah itu.

Sejurus penalti itu dikenakan, pesilat tuan rumah kembali masuk ke gelanggang seperti tiada sebarang kecederaan. - UTUSAN ONLINE