Muhammad Ashraf mencatat 4 minit 24.73 saat ketika memenangi pingat emas tersebut.

Lebih membanggakan catatan Muhamad Ashraf itu juga berjaya memperbaharui rekod temasya 4:27.90s milik Isidro Bildosolo dari Filipina dilakukan pada 2005 di Manila.

Pingat perak milik Tran Van Duc dari Vietnam dengan catatan 4:25.25s manakala gangsa diraih Erens Sabandar dari Indonesia, 4:33.83s. - UTUSAN ONLINE