Dalam final pertama yang diadakan di bawah gelanggang berbumbung, kedua-dua pemain menunjukkan kualiti permainan yang tinggi dan mengejar satu sama lain menerusi servis-servis kencang pada set pembukaan.

Bagaimanapun memasuki set kedua, Muguruza, 23, pemain sepanyol kelahiran Venezuela langsung tidak mampu dikejar oleh Williams, sekali gus menghampakan harapan bintang veteran Amerika Syarikat itu untuk bergelar juara paling tua pada usia 37 tahun.

Ini adalah gelaran Grand Slam kedua buat Muguruza selepas muncul juara Terbuka Perancis 2016, manakala Williams pula merupakan juara Wimbledon 2000, 2001, 2005, 2007 dan 2008, selain pemilik 10 trofi Grand Slam keseluruhan. - AGENSI