Kejohanan julung kali itu dianjurkan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dengan Kerjasama Persatuan Sukan Boksing Negeri Kelantan (PSBNK).

Timbalan Ketua Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah, Muhamad Rasani Ramli berkata, kejohanan itu akan menampilkan 22 jaguh Muaythai tempatan dan Thailand yang akan beradu kehebatan masing-masing.

Katanya, penganjuran itu diharap dapat memperkenalkan Tanah Merah sebagai destinasi pelancongan bagi sukan Muaythai selain mempromosikan tempat menarik-menarik di daerah ini.

MUHAMAD RASANI RAMLI (lapan dari kiri) bersama Mohd Fared Abdul Ghani serta ahli jawatankuasa yang t

MUHAMAD RASANI RAMLI (lapan dari kiri) bersama Mohd Fared Abdul Ghani serta ahli jawatankuasa yang terlibat pada Kejohanan Muaythai Big Match Tanah Merah di Tanah Merah malam tadi. - UTUSAN ONLINE

“Penganjuran berprestij ini membolehkan peminat sukan tinju tempatan berpeluang menyaksikan kehebatan jaguh-jaguh sukan seni mempertahankan diri terbaik dari Malaysia dan Thailand.

“Kejohanan ini juga merupakan platfom terbaik buat peninju amatur menimba pengalaman baharu dalam dunia pertarungan sebenar,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kejohanan tersebu di Dewan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah, di sini.

Yang turut hadir, Presiden PSBNK, Datuk Seri Dr. Mohd Fared Abdul Ghani.

Menurut Muhamad Rasani, kejohanan itu bermula pada pukul 9 malam akan menyajikan satu pertarungan hebat bagi merebut Tali Pinggang Pengarah Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah antara jaguh tempatan, Aniq Black Tiger menentang Payad Thailand.

Tambahnya, pihak penganjur juga akan memperkenalkan peninju-peninju tersohor di Malaysia antaranya Abe Long Tanah Merah yang baru sahaja memenangi peninju terbaik di Muaythai Challenge di Kuantan, Pahang pada minggu lalu.

Bagi mendapatkan tiket dan sebarang pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubungi wakil penganjur, Ewab Kob di talian 011-11434034. - UTUSAN ONLINE