Ain Kamaruddin (57 kilogram) dan Mohd. Ali Yaakub (54kg) menghadiahkan dua emas yang cukup berharga dalam saingan di MITEC, malah muay turut menghadiahkan sebutir perak menerusi Tengku Sharizal Tengku Abdul Rahman (67kg) serta gangsa daripada Muhamad Samsi Mohd. Noor (71kg).

Jurulatih Muay kebangsaan, Bernard Radin berkata, kejayaan ini adalah sesuatu yang sangat baik tetapi program latihan berterusan adalah perlu memandangkan kebanyakan negara sudah menunjukkan peningkatan ketara.

Katanya, sudah pasti saingan di Filipina pada 2019 akan menjadi lebih sukar.

“MSN banyak membantu kami dari segi latihan dan tanpa bantuan mereka agak sukar untuk kami mencapai kejayaan dalam edisi kali ini.

“Saya berharap MSN atau KBS akan terus berikan sokongan kepada kami untuk masa akan datang,” katanya.

Bernard memberitahu, Tengku Sharizal tidak berjaya meraih satu lagi pingat emas buat Malaysia ke­rana lawannya adalah petinju Muay profesional dan pernah beraksi di pentas kejohanan dunia.

Katanya, atlet berusia 32 tahun itu hanya sempat menjalani latihan selama empat bulan bersama mereka dan itu merupakan temasya dwitahunan pertama buat dirinya.

Pencapaian: 
2 pingat emas, 1 pingat perak, 
1 pingat gangsa

Prestasi: Mencapai sasaran