KOTA BHARU 14 Jan. - Pendedahan berkait isu doping sentiasa dititik beratkan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN) ini bagi memastikan atlet kebangsaan memahami masalah tersebut bagi mengelakkan mereka berdepan penggantung dari Agensi Anti Doping Dunia (WADA).
Timbalan Ketua Pengarah MSN Abdul Rashid Yaakub berkata, satu unit khas diwujudkan bagi memberikan pemahaman khusus kepada atlet untuk mengelakkan mereka terlibat dengan perkara tersebut.
“Bukan itu sahaja, kita turut memberikan maklumat berkaitan dengan pengambilan makanan dalam kehidupan harian mereka.
“Ini termasuklah pengambilan makanan tambahan dan sesi pendidikan ini sentiasa diberikan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Tugas Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan kepada kerajaan negeri di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi MSN Kelantan Wan Roslan Wan Hamat; Bekas Pengerusi MSN Kelantan, Datuk Rosmadi Ismail dan Bekas Pengarah MSN Kelantan, Datuk Mohamed Nordin Awang.
Abdul Rashid memberitahu, pihaknya turut berdamping dengan atlet bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan penggunaan bahan terlarang. - UTUSAN ONLINE