AHMAD SHAPAWINOTATERBITANKOSMO26 NOVEMBER 2014RABUMUKA 60***archived
AHMAD SHAPAWI

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, kenyataan Muhammad Irfan  disifatkan sebagai tuduhan melulu yang tidak sesuai dikeluarkan oleh beliau sebagai atlet Kebangsaan.

Ahmad Shapawi dalam satu kenyataan media berkata, beliau sebagai Ketua Pengarah MSN mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tuduhan tersebut dan sebarang keputusan yang diambil tidak ada kaitan dengan arahan atau pandangan Syed Saddiq sendiri.

Menurut Ahmad Shapawi, dakwaan Muhammad Irfan bahawa Kementerian Belia dan Sukan telah menamatkan kontrak jurulatih peribadi Frantisek Petrovic sebagai tidak benar.

"Sebaliknya keputusan MSN tidak menawarkan kontrak baru kepada Frantisek adalah berdasarkan perbincangan bersama MSN/ISN/MOM/KOM melalui Jawatankuasa Pemilihan Atlet dan Jurulatih (5 Disember 2018) yang mana berdasarkan prestasi semasa Irfan sepanjang 8 tahun terutamanya di temasya Sukan Komanwel dan Asia 2018 lalu.

"Disamping itu, atas permintaan peribadi Irfan sendiri yang merasakan beliau sudah terlalu lama menggunakan khidmat jurulatih yang sama. Tetapi, kerana tidak mahu mengecilkan hati jurulatih tersebut, Irfan meminta MSN mengambil tindakan tersebut," kata Ahmad Shapawi.

Jelas Ahmad Shapawi, Muhammad Irfan sendiri telah pergi ke Eropah pada November 2018 bagi mencari calon jurulatih yang baru.

Menurut beliau, jika Muhammad Irfan tidak bersetuju dengan keputusan MSN untuk tidak melanjutkan jurulatih peribadi beliau, kenapa Muhammad Irfan sanggup mengeluarkan belanja sendiri mencari pengganti kepada jurulatihnya di Eropah.

Ahmad Shapawi turut menjawab dakwaan penolakan permohonan Muhammad Irfan untuk membiayai program latihan di Republik Czech dan Antalya Turki selama 85 hari bermula dari 23 Januari sehingga 17 April 2019.

"Jawatankuasa Kerja mengambilkira pandangan KOM supaya cadangan Irfan untuk berlatih ke luar negara pada ketika ini adalah musim sejuk perlu diteliti dan dibincangkan semula dengan Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan khususnya mengenai beberapa aspek.

"Jawatankuasa Kerja telah memutuskan untuk KOM khususnya Datuk Karim Ibrahim bersama Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan mengadakan perbincangan lanjut dengan Irfan. Saya sendiri telah menghantar pesanan ringkas kepada Irfan," kata Ahmad Shapawi.

Malangnya menurut Ahmad Shapawi, sebelum perbincangan bermula Muhammad Irfan telah mengeluarkan tuduhan tersebut dan lebih mengecewakan ia ditujukan kepada Syed Saddiq yang telah berusaha mendapatkan peruntukan untuk pembangunan sukan negara.

"Saya suka mengingatkan para atlet negara supaya tidak mengambil kesempatan di atas pendekatan lembut kami di MSN dalam “melindungi” dan mengusahakan yang terbaik buat mereka.

"Walaupun ada ketikanya mereka gagal menyempurnakan tanggungjawab tetapi kami tetap tidak berputus asa dalam menjadikan mimpi mereka untuk mencapai prestasi terbaik menjadi kenyataan," kata Ahmad Shapawi.-UTUSAN ONLINE