Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Misi berikut: Podium Asia-Komanwel

BERAKHIRNYA Sukan SEA Ke-29, Kuala Lumpur 2017 minggu lalu tidak bermakna perjuangan atlet-atlet negara turut sudah berakhir.

Mat Sport
Mat Sport

Keringat boleh kering buat seketika namun semangat perjuangan wajar kekal menyala.

Bukan terlalu lama pun untuk Sukan Komanwel Ke-21 dan Sukan Asia Ke-18 menggamit kontinjen negara pula, ma­sing-masing pada April dan Ogos 2018.

Seratus empat puluh lima pingat emas yang dirangkul di tanah air hanya akan dianggap bertaraf ‘jaguh kampung’ jika momentum kecemerlangan itu tidak bersambung di Gold Coast, Australia dan Jakarta-Palembang, Indonesia.

Di sinilah bakal bermulanya kayu pengukur atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Program Podium Institut Sukan Negara (ISN) yang mengambil alih program Kita Juara Majlis Sukan Negara (MSN) selepas Sukan SEA.

Kedua-dua temasya empat tahun sekali itu kini menuntut kontinjen negara mencapai antara 10 teratas dalam pungutan pingat keseluruhan.

Di Incheon 2014, lima emas, 14 perak dan 14 gangsa hanya meletakkan kita di tempat ke-14 dalam kalangan 36 negara Asia yang memenangi pingat namun hanya satu anak tangga mengatasi Singapura.

Namun di Glasgow empat tahun lalu, jiran selatan semenanjung itu melangkaui kita yang berada di tempat ke-12 Sukan Komanwel setelah memungut enam emas, tujuh perak dan enam gangsa.

Untuk mencapai 10 teratas Sukan Asia dan Komanwel, kita juga perlu letakkan sasaran 10 emas ke atas, tidak boleh kurang daripada itu lagi!

Satu lagi matlamat Program Podium juga ialah menghasilkan sepuluh atlet negara yang mampu menyertai senarai enam terhandal di dunia.

Tugas dan tanggungjawab kontinjen Malaysia semakin lebih getir malah kemuncak Program Podium ialah pingat emas sulung dalam Sukan O­limpik Tokyo 2020 yang sepatutnya sudah pun dicapai di Rio 2016 menerusi badminton atau berbasikal.

Sejak dilancarkan pada 2 Februari 2016, atlet-atlet Program Podium sudah meningkat kepada 117 daripada 97 orang yang meliputi 21 jenis sukan (memanah, olahraga, badminton, berbasikal, akuatik, karate, boling padang, gimnastik, pelayaran, silat, sepak takraw, skuasy, boling, angkat berat dan wusyu).

Namun sia-sia sahaja kuantiti yang besar ini jika kualiti atlet yang terhasil daripadanya tidaklah seberapa atau sekadar bertaraf serantau Asia Tenggara atau mungkin lebih rendah.

Tiada lagi alasan yang wajar diberikan dan boleh diterima daripada atlet-atlet ini yang menikmati elaun bulanan lumayan, latihan sepenuh masa, pendedahan pertandingan secukupnya dan kemudahan sains sukan bertaraf dunia.

Jika ada matlamat Sukan Asia dan Komanwel tahun depan yang tidak tercapai, wajarkah anggota-anggota panel pemilihan Program Podium dikekalkan?

Jadi silalah bersedia dari sekarang Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr. Mohd. Khairi Zawi; Ke­tua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Pengarah Sukan Berprestasi Tinggi, Keith Power, Setiausaha Majlis Olim­pik Malaysia, Datuk Low Beng Choo, Pengarah Podium, Tim Newenham dan Ketua Khid­mat Prestasi Tinggi Podium, Scott Richardson.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain