Kejayaan melaksanakan misi ini juga bermaksud pasukan negara secara automatik sudah layak digelar sebagai juara keseluruhan temasya dwi-tahunan itu.

Tiga pingat emas dari basikal sudah cukup untuk memenuhi sasaran pungutan emas negara, dengan Azizulhasni Awang menerima penghormatan apabila beliau berjaya meraih emas ke-111 selepas menjuarai acara 200 meter pecut di Velodrom Nasional, Nilai malam ini. Dua lagi pingat emas berbasikal diraih oleh Fatehah Mustapa yang menjuarai acara 200 meter pecut wanita, dan Eiman Firdaus Mohd. Zamri dalam acara 4km kejar mengejar individu lelaki.

Gimrama turut cemerlang, dengan menyapu bersih lima pingat emas yang dipertandingkan hari ini di MiTEC. Koi Sie Yan meraih dua pingat emas, masing-masing melalui acara gelung individu dan belantan individu, diikuti Izzah Amzah (bola individu), Amy Kwan Dict Weng (riben individu), dan gimrama berpasukan disiplin bola dan riben.

Pingat emas lain:

  • Pencak Silat Tunggal individu lelaki - Muhammad Afifi Nordin
  • Terjun 1 meter papan anjal individu Lelaki - Ahmad Amsyar Azman
  • Terjun 3 meter papan anjal seirama campuran - Jasmine Lai dan Muhamad Syafiq Puteh
  • Terjun 10m platform individu wanita - Pandelela Rinong Pamg
  • Skuasy perseorangan wanita - S. Sivasangari
  • Skuasy perseorangan lelaki - Ng Eain Yow
              

EMAS

            
            

PERAK

            
            

GANGSA

            
            

JUMLAH

            
MALAYSIA 111 76 69 256
THAILAND 60 72 75 207
VIETNAM 54 41 51 146
SINGAPURA 48 44 63 155
INDONESIA 32 54 63 149
FILIPINA 23 30 57 110
MYANMAR 7 9 19 35
LAOS 2 3 13 18
KEMBOJA 1 1 10 12
BRUNEI 0 4 7 11
TIMOR LESTE 0 0 1 1
 
              

 

            
            

 

            
            

 

            
            

sumber: BERNAMA