Selepas Ricardo Queresma membuka jaringan untuk Portugal hasil hantaran Cristiano Ronaldo, kelebihan itu dinafikan oleh gol penyamaan Javier Hernandez di babak pertama dan ketika sekali lagi mereka di depan menerusi jaringan Cedric Soares pada minit ke-86 untuk hampir di ambang kemenangan pertama, ia dihampakan gol penyamaan Mexico menerusi Hector Moreno pada masa kecederaan. Portugal akan berdepan Rusia manakala Mexico akan berdepan New Zealand selepas ini.

Sementara itu dalam aksi Kumpulan B, Chile menewaskan Cameroon 2-0 hasil jaringan lewat Arturo Vidal dan Eduardo untuk unggul di tempat teratas buat sementara menjelang aksi Jerman dan Australia awal pagi esok. - Agensi