Ekoran kekalahan mengejut Usain Bolt dan Elaine Thompson dalam acara 100m, McLeod yang merupakan pelari pilihan tidak melakukan sebarang kesilapan untuk merangkul kejuaraan di Stadium London.

Atlet berusia 23 tahun itu mendominasi perlumbaan dengan catatan masa 13.04s, meninggalkan pesaingnya yang juga juara bertahan, Sergey Shubenkov dari Rusia yang bertanding di atas tiket atlet neutral selepas negaranya masih diharamkan bertanding dalam kejohanan olahraga dunia di tempat kedua dengan catatan 13.14s.

“Dia masih lagi seorang legenda! Usain, kejayaan ini adalah untuk awak!” kata McLeod sebelum memeluk ibunya.

Pelari Hungary, Balazs Baji mengutip gangsa dengan catatan 13.28s.-REUTERS