Nurmagomedov menyuarakan hasrat tersebut selepas kejayaan mengekalkan kejuaraan dalam pertarungan UFC 229 awal bulan ini, menewaskan Conor McGregor.

Terdahulu, McGregor turut berdepan Mayweather di gelanggang tinju pada Ogos tahun lalu dan hanya mampu bertahan 10 pusingan sebelum tewas dengan keputusan TKO, sekali gus mengekalkan rekod sempurnanya sebelum bersara.

“Kami akan bertarung. Saya adalah bos kepada diri sendiri dan bagi pihak Khabib saya tidak dapat katakan apa yang berlaku tetapi di pihak saya sendiri, kami boleh menjadikan pertarungan ini satu kenyataan,” kata Mayweather kepada TMZ Sports.

Disoal sama ada pertemuan dia dengan Nurmagomedov dalam pertarungan tinju atau seni bela diri campuran, Mayweather tidak ragu-ragu dalam jawapannya.

“Siapakah yang­ mencabar? Maknanya dia yang harus datang ke dunia saya. Saya menonton dalam satu temu bual, dia berkata dia menjatuhkan Conor McGregor dan katakan saya tidak merebahkan McGregor.

“Okey, Khabib, kita akan lihat nanti,” ujarnya yang turut menjangkakan akan menerima imbuhan sebanyak sembilan angka jika persetujuan mampu itu dimeterai. –AGENSI