Nicol, 34, yang merupakan pilihan kelima kejohanan, me­nundukkan Joshna Chinappan dari India 6-11, 11-5, 11-7, 11-7 pada aksi pusingan kedua yang berlangsung selama 38 minit, demikian menurut laman web rasmi kejohanan https://squashinsaudi.com/.

Kemenangan itu memboleh­kan bekas pemain nombor satu dunia itu berdepan pilihan ke-11 kejohanan dari Mesir, Nour El Tayeb yang mencipta kejutan menewaskan pilihan kedua, Camille Serme dari Perancis.

Sekiranya Nicol berjaya, menanti beliau di pusingan separuh akhir adalah di antara pilihan ketiga, Raneem El We­lily dari Mesir atau pemain England, Sarah-Jane Perry yang berentap dalam satu lagi aksi suku akhir.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia yang juga pilihan pertama kejohanan, Nour El Sherbini dari Mesir yang menewaskan rakan senegara Hania El Hammamy di pusingan kedua akan berdepan pemain India, Dipika Pallikal Karthik pada pusingan suku akhir. – BERNAMA