Jurulatih dari China itu, berkata demikian selepas penerjun muda mempamerkan persembahan cemerlang pada penampilan di Sukan SEA Ke-29 (KL2017), biarpun kali pertama diberi kepercayaan beraksi di pentas tersebut.

Antara penerjun muda yang diturunkan buat kali pertama adalah, Kimberly Bong, Gabriel Gilbert Daim, Jellson Jabillin dan Hanis Nazirul Jaya Surya.

“Seperti penerjun muda Kimberly, saya rasa dia mempunyai kemahiran yang sangat baik begitu juga (Hanis) Nazirul.

“Mereka mempamer persembahan yang bagus dan mungkin ada beberapa lagi kelemahan yang perlu diperbaiki untuk menjadi lebih baik.

“Tetapi secara keseluruhan saya berpuas hati dengan persembahan semua penerjun saya. Untuk Sukan Olimpik yang akan datang, Malaysia mesti melahirkan penerjun pelapis bukan hanya Sukan SEA,” katanya.

Menurut Zhuliang, barisan penerjun muda akan mengikuti latihan bersama skuad senior di China, selain akan mendedahkan mereka dengan kejohanan lebih besar untuk menimba pengalaman.

Dalam pada itu, berita gembira turut diumumkan Zhuliang dengan memberi cuti seminggu sebelum kembali menjalani latihan susulan kejayaan menyapu bersih 13 emas dalam KL2017.

Tambahnya, misi skuad negara belum selesai dan mereka perlu berdepan dengan tiga kejohanan penting iaitu Grand Prix Kuala Lumpur, Singapura dan Gold Coast.

Paling penting adalah GP Gold Coast iaitu venue di mana Sukan Komanwel akan berlangsung.

“Misi skuad terjun masih sama iaitu meraih emas dalam semua pertandingan yang disertai. Mereka perlu terus berlatih selepas ini.

“Sukan Komanwel sudah tidak lama lagi dan semua penerjun perlu kekal fokus,” katanya yang mengakui penerjun negara tiada tandingannya di Asia Tenggara.

Bagaimanapun Zhuliang memberitahu, beberapa penerjun dari Singapura dan Indonesia mula mempamerpeningkatan.

HANIS NAZIRUL JAYA SURYA (kanan) dan Jellson Jabillin berjaya meraih emas dalam 10 meter platform seirama lelaki pada KL2017.