Skuad kendalian Iain Richard Brunskill terlebih dahulu berada di depan seawal minit ke-16 menerusi rembatan Ward Helal Khalid Al setelah menerima hantaran daripada Mohammad Mahmoud Hashem Al razem.

Usaha skuad B-23 negara untuk menyamakan kedudukan akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-43.

Hadiah penalti itu diberikan oleh pengadil perlawanan, Ko Hyung Jin selepas pertahanan Jordan, Saed Ahmad Salameh menjatuhkan Akhyar Rashid. - UTUSAN ONLINE