Pasangan Malaysia itu mencatat 271.71 mata dalam acara yang dimenangi Shi Tingmoa-Chang Yani, selepas gandingan China itu merekodkan 334.80 mata.

Pingat perak dan gangsa, masing-masing menjadi milik Jennifer Abel-Melissa Citrini Beaulieu dari Kanada (302.04) dan penerjun Australia, Anabelle Smith-Esther Qin (290.10).

Terdahulu pada saingan awal, Nur Dhabitah-Wendy berada di tempat kelapan dari 11 penerjun dengan mengumpul 260.76 mata.

Sementara itu, bagi acara 10m platform lelaki, penerjun muda negara, Jellson Jabilin gagal mara ke pusingan akhir selepas berada di tangga ke-17 selepas mengutip 360.00 mata pada saingan separuh akhir.

Di peringkat separuh akhir, hanya 12 penerjun terbaik dari 18 penyertaan keseluruhan layak ke pusingan seterusnya.

Selepas enam hari kejohanan berlangsung, Malaysia hanya meraih satu pingat gangsa menerusi ratu terjun, Pandelela Rinong.

Pandelela memenangi pingat gangsa acara 10m platform wanita pada Rabu (6 Jun) selepas mencatat 349.15 mata. - BERNAMA