Ketua Kontinjen Malaysia, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said berkata, kontinjen negara meletakkan sasaran empat pingat itu menerusi wushu, badminton, memanah dan lempar cakera.

“Kita perlu realistik memandangkan kebanyakan atlet kebangsaan kini bertanding dalam Sukan Sea yang akan bermula 19 Ogos ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang dan Lafaz Ikrar Kontinjen Malayasia ke Universiade di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE