Keputusan ini melayakkan pasukan negara beraksi dalam Liga Premier ARC tahun depan.

Dalam perlawanan hari ini, Malaysia bermula baik dengan memperoleh try seawal minit keempat menerusi Jone Mawara Masalo namun  Sri Lanka membalas dengan dua penalti untuk pasukan lawan mendahului 6-5 di babak pertama.

Di babak kedua, Sri Lanka terus mendahului 9-5 namun dua try dan dua convertion oleh skuad kebangsaan menyekat kebangkitan Sri Lanka untuk Malaysia menang 22-09.

Jurulatih negara, Lee Nyuk Fah memuji kematangan dan semangat juang yang ditunjukkan oleh  para pemainnya.

Katanya, lebih bermakna kemenangan tersebut melayakkan skuad negara beraksi buat julung kali dalam Liga Premier Ragbi Asia tahun hadapan.  

"Pemain semakin matang dan mampu hadapi tekanan. Inilah rahsia kemenangan hari ini.

"Kami menjanjikan aksi terbaik apabila beraksi dalam Liga Premier Asia bersama-sama Korea dan Hong Kong tahun depan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE