Bermula dengan 15 emas di Laos, angka itu meningkat kepada 19 di Indonesia (2011) sebelum menurun menjadi 12 di Naypyidaw pada 2013.

Ooi Tze Liang turut mengulangi peranan sebagai pemenang emas terbanyak dengan empat butir kali ini berbanding tiga di Naypyidaw.

Emas diraih dalam 10 meter platform individu serta seirama (bersama Chew Yiwei) dan 3m papan anjal individu serta seirama (bersama Ahmad Amsyar Azman).

Pemain boling, Muhammad Rafiq Ismail menghadiahkan tiga emas dan sebutir perak manakala pemanah wanita Fatin Nur Fatehah Mat Salleh menambah tiga emas, diikuti dua emas gimnastik (Farah Ann Hadi dan Tan Ing Yueh).

Penyumbang dua emas lain termasuk Aaliyah Hanifah Yoong (ski air), Esther Cheah, Timmy Tan (boling), Juwaidi Mazuki (memanah), Thor Chuan Leong (biliard-snuker), Rachel Arnold (skuasy) dan Harrif Saleh (berbasikal).

Badminton juga menepati sasaran mahu memiliki empat wakil dalam final iaitu perseorangan lelaki, beregu wanita, beregu campuran dan berpasukan wanita.

Dua daripadanya berjaya menuai emas - Chong Wei Feng (perseorangan lelaki), sementara Amelia Alicia Anscelly-Soon Fie Cho dalam beregu wanita.

Wei Feng menewaskan Mohd. Arif Abdul Latif, manakala Amelia-Fie Cho mengejutkan Vivian Hoo-Woon Khe Wei.