Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysia buru emas pertama hari ini

Jurulatih Malaysia, Mohd. Yusoff Abdullah (belakang) memerhatikan
Jurulatih Malaysia, Mohd. Yusoff Abdullah (belakang) memerhatikan pemainnya berlatih di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam dalam persediaan menghadapi persaingan hari ini. utusan/Roy Azis Abd. Aziz

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Malaysia akan memburu pingat emas pertama Sukan SEA hari ini dengan pemain chinlone menjadi sandaran untuk melaksanakannya.

Chinlone me­rupakan acara per­ta­ma mena­warkan pi­ngat emas, dan Malaysia perlu me­menanginya se­ku­rang-ku­rang­­nya sa­tu pi­ngat emas untuk me­nyemarak­kan se­ma­ngat bukan sahaja dalam kem sepak takraw tetapi juga keseluruhan kontinjen.

Pengurus pasukan negara, Wan Mohd. Husni Abdullah berkata anak-anak buahnya akan me­layan empat disiplin yang terdapat dalam acara pecahan sepak takraw itu dengan serius walaupun hanya dua daripadanya disertai kuasa utama Myanmar mahupun pencabar terdekat Thailand.

Katanya, pemainnya telah di­gesa berjuang habis-habisan ke­­rana tidak mahu penyokong-pe­nyokong di Stadium Titiwang­sa beranggapan bahawa mereka hanya masuk bertanding untuk melengkapkan jadual.

“Semua acara adalah ujian se­be­nar kami. Jadi kelebihan ge­lang­gang sendiri perlu dimanfa­atkan pasukan negara dengan me­nunjukkan aksi terbaik kerana tidak mahu orang menganggap kami sekadar masuk bertanding.

“Dengan Filipina kita lebih se­dikit (kedudukan dalam ranking). Kami pernah berlatih bersama di Myanmar tahun ini namun de-ngan Myanmar dan Thailand, kita semakin hampir setaraf dengan mereka.

“Kami kini dalam keadaan bersedia dan suasana terbaik untuk menghasilkan sesuatu kepada negara,” katanya selepas skuad chinlone menerima kunjungan Ketua Kontinjen Negara, Datuk Marina Chin di hotel penginapan di sini hari ini.

Malaysia akan memburu pi­ngat emas sulungnya menerusi disiplin linking chinlone dalam saingan tiga penjuru dengan Fili­pina dan Brunei selain disiplin same stroke hari ini yang me­nemukannya dengan Laos, Thailand dan Myanmar.

Disiplin non repetition primary pula hanya akan disertai Kemboja, Brunei, Thailand dan Malaysia manakala non repetition secondry disaingi lebih banyak pasukan ia­itu Filipina, Laos, Malaysia, Kemboja dan Myanmar.

“Chinlone masih sejenis sukan yang baharu di negara kita. Pemainnya hanya berlawan dengan diri sendiri dalam mengawal bola dengan tenang dan cuba menghabiskannya dengan cepat dalam tempoh tertentu,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain