Pujian harus diberikan kepada anak buah Stephen Van Huizen yang terpaksa bangkit dua kali daripada ketinggalan sebelum memenangi perlawanan pertama peringkat itu.

Skuad negara terlebih dahulu dikejutkan Pakistan seawal minit pertama menerusi gol padang yang disempurnakan oleh Muhammad Umar Bhutta namun berjaya disamakan Razie Rahim sembilan minit selepas itu menerusi pukulan sudut penalti.

Memasuki suku kedua perlawanan, pasukan negara sekali lagi ketinggalan apabila Muhammad Yaqoob berjaya menjaringkan gol kedua buat pasukannya pada minit ke-19, sebelum Shahril Saabah menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-25.

Gol kemenangan Malaysia Tigers hadir menerusi pemain arkitek negara, Fitri Saari yang berjaya menyudahkan pukulan penalti stroke pada minit ke-33. -UTUSAN ONLINE