Pelumba Motor GP, Zulfahmi Khairuddin.GAMBAR/AMIR HAFIZ ABD RAHMANWARTAWAN/AIZAWATI (SUKAN)/ MARIA (KELUARGA).

Hafizh dikhabarkan telah dirisik oleh sebuah pasukan yang bersaing dalam MotoGP, Monster Yamaha Tech 3 bagi menggantikan Jonas Folger yang mengambil keputusan berehat untuk musim 2018 setelah mengalami masalah kesihatan.

Ekoran keputusan itu, Hafizh telah meninggalkan SIC Racing Team yang baharu disertainya beberapa bulan lalu, yang sekali gus menyaksikan pasukan Moto2 yang dikendalikan oleh Johan Stigefelt ketiadaan pelumba sehinggalah nama Zulfahmi diumumkan sebagai pengganti.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali ketika dihubungi Mingguan Malaysia berkata, pemilihan Zulfahmi merupakan satu keputusan yang tepat memandangkan pelumba itu merupakan calon paling layak mengisi kekosongan ditinggalkan Hafizh.

“Lebih elok SIC Racing Team membawa pulang Zulfahmi, mengambil kira pengalamannya,” katanya.