Video oleh AIZAWATI AHMAD

Perlumbaan kelas utama MotoGP yang berlangsung sengit di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mempamerkan kehebatan Dovizioso sebagai pelumba ha­ndalan berpengalaman setelah melintasi garisan penamat de­ngan masa 44 minit, 51.497 saat untuk mengungguli persaingan.

Tempat kedua menjadi milik rakan sepasukannya Jorge Lo­renzo dengan masa 44:52.140s, manakala penunggang Monster Yamaha Tech3, Johann Zarco berpuas hati di anak tangga ketiga (44:61.235s).

Pendahulu kejuaraan dunia Marquez dari Repsol Honda Team hanya mampu memacu jenteranya di kedudukan keempat (44:69.260s) dan dia terpaksa menunggu perlumbaan di Valencia pada 12 November ini untuk memenangi gelaran juara dunia buat kali keempat.

Juara dunia sembilan kali Valentino Rossi (44:82.266s) dari pasukan Movistar Yamaha MotoGP pula menamatkan aksinya di kedudukan ketujuh.

Kemenangan Dovizioso, 31, di SIC wajib diraihnya untuk membolehkan dia merapatkan jurang kepada 21 mata di belakang Marquez yang mengumpul 282 mata.

Dalam sidang akhbar selepas perlumbaan, Dovizioso berkata dia dan pasukannya akan melakukan apa sahaja untuk menjuarai perlumbaan di sini bagi terus menekan Marquez dalam aksi ter­akhir di Valencia nanti.

“Saya amat bernasib baik tiada pelumba yang benar-benar menggugat kedudukan saya sewaktu perlumbaan sedang berlangsung.


Video oleh AIZAWATI AHMAD & ZAZALI JAMIAN

“Keadaan tersebut memboleh­kan saya cuba mengejar dua pencabar di depan,” kata pelumba Itali itu yang memintas Lorenzo di selekoh ke-15 ketika persa­ingan berbaki empat pusingan.

Penunggang berusia 31 tahun itu memberitahu, bukan mudah untuk berlumba di SIC lebih-le­bih lagi dalam keadaan trek basah.


Video oleh AIZAWATI AHMAD & ZAZALI JAMIAN