Perkara itu diumumkan oleh pasukan Yamaha.

Pelumba berusia 38 tahun itu cedera ketika menunggang pada program di Mondavio, Pesaro Urbino berdekatan Rimini.

“Dia dibawa ke hospital tempatan untuk pemeriksaan lanjut, sebelum disahkan cedera ringan di bahagian dalaman perut dan dada.

“Tiada keretakan dikesan di mana-mana bahagian badan dan kecederaan fizikal yang serius ditemui.Laporan perubatan seterusnya akan dikeluarkan pada Jumaat,” kata kenyataan pasukan.

Perlumbaan sebelum ini menyaksikan Rossi tersingkir dari Grand Prix (GP) Perancis di Le Mans pada pusingan terakhir hujung minggu lalu untuk memberikan kemenangan kepada rakan sepasukan, Maverick Vinales dan berada di kedudukan ketiga kejuaraan dunia.

Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada Rossi akan cukup cergas untuk mengambil bahagian pada GP Itali di Mugello, minggu depan. - AFP