Valentino Rossi

Pelumba berusia 38 tahun itu akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat ini, demikian pengumuman yang dibuat oleh pasukan Yamaha selepas kemalangan tersebut.

Pasukan itu juga memberitahu bahawa Rossi telah dipindahkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

“Valentino Rossi telah terlibat dalam kemalangan semasa sesi latihan di Urbino hari ini.

“Valentino Rossi telah disahkan mengalami keretakan pada bahagian tibia dan fibula kaki kanannya.

“Makluman lanjut berhubung keadaan pelumba itu akan diberitahu kemudian,” kata kenyataan daripada pasukan Yamaha. –AFP