Jadual baharu bagi perlumbaan sebenar itu disahkan sendiri oleh penganjur susulan ramalan kaji cuaca memperlihatkan hujan lebat bakal membasahi SIC pada sebelah petang.

Sesi kelayakan MotoGP hari ini terpaksa ditangguhkan sementara setelah bendera merah dikibarkan kerana kondisi litar yang tidak mengizinkan ekoran hujan lebat ketika latihan bebas keempat bagi kelas perdana berlangsung.

Perlumbaan MotoGP akan bermula pukul 1 tengah hari, dua jam awal berbanding jadual sebelum ini, dengan Moto2 akan berlangsung pada pukul 11.20 pagi, manakala Moto3 pukul 10 pagi.

Sesi pemanas badan juga diawalkan bagi ketiga-tiga kelas tersebut menyaksikan Moto3 akan bermula pukul 7.40 hingga 8 pagi, diikuti Moto2 (8.10-8.30 pagi) dan Moto3 (8.40-9 pagi).- UTUSAN ONLINE