Ketika kejadian, pelumba berusia 48 tahun itu sedang mengharungi pusingan ketiga perlumbaan sebelum gagal mengawal jenteranya dan terpelanting daripada motosikal sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk.

Sebagai rekod, perlumbaan ekstrem yang dilangsungkan di atas jalan raya biasa ini telah meragut nyawa lebih 250 pelumba sejak diperkenalkan pada 1907. Ia dianggap antara sukan bermotor paling merbahaya di England dan dunia. - REUTERS