NORIZMAN ISMAIL

Norizman yang bernaung di bawah pasukan ONEXOX TKKR Racing terjatuh ketika berada di selekoh 1, dan bendera merah dikibarkan serta-merta pada pukul 3.52 petang setelah pasukan paramedik serta marshal dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pelumba berusia 32 tahun itu kemudiannya dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans, bagaimanapun Allahyarham disahkan meninggal dunia pada pukul 4.50 petang. - UTUSAN ONLINE