Pelumba Sepanyol itu melepasi garisan penamat dengan masa terpantas 45 minit, 26.827 saat untuk melakar kemenangan pertama di negara sendiri sejak melakukannya pada 2013.

Rakan senegara Pedrosa iaitu juara dunia yang juga dari pasukan Honda, Marc Marquez bekerja keras sepanjang perlumbaan 27 pusingan tersebut, namun sekadar menamatkan sangan di tangga kedua dengan ketinggalan 6.1 saat di belakang.

Penunggang Ducati, Jorge Lorenzo memastikan penguasaan pelumba Sepanyol di Jerez apabila menamatkan saingan di tangga ketiga. - AFP