Itu juga adalah petak hadapan kali ketiga diraih pelumba berusia 22 tahun itu dalam kariernya selepas aksi pembukaan di Qatar dan Perancis bulan lepas.

Dalam pada itu, Rossi membuktikan dia mampu beraksi dengan baik di Litar Mugello biarpun baharu pulih daripada kemalangan bulan lepas apabila mencatat masa kedua terpantas selepas Vinales dalam aksi kelayakan.

Vinales mencatat masa 1 minit 46.575 saat dalam saingan kelayakan hari ini manakala Rossi ketinggalan 0.260s.

Pelumba Itali, Andrea Dovizioso daripada pasukan Ducati melengkapkan barisan hadapan berikutan akan memulakan perlumbaan di petak ketiga manakala pelumba Honda yang juga juara dunia, Marc Marquez meraih petak keenam.

Sementara itu dalam saingan kelayakan Moto2 menyaksikan pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah yang mewakili pasukan Petronas Raceline Malaysia akan bermula di petak ke-20 esok manakala seorang lagi rakan senegaranya, Khairul Idham Pawi daripada pasukan IDEMITSU Honda Team Asia meraih petak ke-27.

Petak pertama saingan Moto2 esok menjadi milik pelumba Itali, Franco Morbidelli daripada pasukan EG 0,0 Marc VDS selepas muncul pelumba terpantas aksi kelayakan hari ini dengan catatan masa 1m 51.679s. - AFP