Hafizh, yang mewakili pasukan Monster Yamaha Tech 3 menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 42:55.953.

Dalam perlumbaan pembukaan musim 2018 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar sebentar tadi, pelumba Itali, Andrea Dovizioso meraih tempat pertama dengan catatan masa 42:34.654, diikuti Marc Marquez dari Mexico (42:34.681) dan Valentino Rossi (42:35.451) di tempat kedua dan ketiga. - UTUSAN ONLINE