Kali terakhir Marquez yang juga juara bertahan meraih kemenangan adalah di Grand Prix Jerman pada pertengahan Julai lalu.

Kemenangan di litar Motor Land Aragon tersebut juga membolehkan Marquez berada di kedudukan teratas pelumba dengan 246 mata. selepas menamatkan 23 pusingan dengan catatan terpantas, 41 minit 55.949 saat (s).

Pelumba Ducati, Dovizioso yang berada di tempat kedua ketinggalan 0.648s di belakang Marquez manakala Andrea Iannone daripada pasukan Suzuki Ecstar di tempat ketiga.

Dalam pada itu pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang bermula dari petak ke-18 pula menamatkan saingan di tempat ke-18.

Pencabar Hafizh dalam senarai rookie iaitu Franco Morbidelli daripada pasukan EG 0,0 Marc VDS terus menjarakkan kedudukan apabila menamatkan aksi di tempat ke-11.

Pelumba pasukan Monster Yamaha Tech3, Hafizh kini ketinggalan tujuh mata di belakang Morbidelli dan berada di tangga ke-17 keseluruhan dengan 24 mata.

Sementara itu, wakil Malaysia yang beraksi dalam saingan Moto2, Khairul Idham Pawi daripada pasukan Idemitsu Honda Asia menamatkan aksi di tempat ke-22 manakala pelumba Petronas Sprinta Racing, Adam Norrodin berjaya menempatkan diri dalam kelompok 12 terbaik dalam saingan Moto3.- AGENSI