Repsol Honda Team's Spanish rider Marc Marquez makes a wheelee on his Honda during a free practice session of the Moto GP Czech Grand Prix in Brno, Czech Republic, on August 04, 2017. / AFP PHOTO / Michal Cizek

Mula berlumba di litar basah, namun ia kering selepas itu, menyaksikan semua pesaing dibenarkan menukar tayar jenteranya mengikut keadaan semasa.

Marquez merupakan pelumba pertama yang menukarkan tayar kepada jenis paling sesuai untuk permukaan kering.

Ternyata strateginya itu dibayar dengan harga lumayan apabila pelumba kelahiran Sepanyol tersebut terus memecut laju jentera Honda untuk berada di depan ketika 18 pusingan berbaki.

Marquez muncul juara menerusi catatan masa terpantas 44 minit 15.974 saat, manakala rakan sepasukannya Dani Pedrosa di tempat kedua (+12.438s), diikuti Maverick Vinales (+18.135s).

Pelumba berusia 24 tahun itu setakat ini mengungguli carta dengan mengumpul 154 mata, manakala Vinales kedua (140 mata). - AGENSI