Untuk rekod, Kasma adalah pemenang kategori CP130 ketika kali terakhir perlumbaan tersebut berlangsung di negeri ini pada 2016.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan berangkat menyempurnakan majlis itu.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr .Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan dan Pegawai Kewangan negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib.

Berangkat sama ke program yang dianjurkan oleh Safe Aim Mutual Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta kerajaan negeri itu ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas merupakan kejuaraan lumba motosikal terbesar di Malaysia.

Ia adalah sebagai landasan yang menitik beratkan pembangunan sukan permotoran tanah air, dengan kejuaraan ini telah berjaya menghasilkan pelumba-pelumba berkaliber Malaysia seperti pelumba MotoGp negara, Hafizh Syahrin Abdullah, Khairul Idham Pawi dan ramai lagi yang kini digeruni di rantau Asia.- UTUSAN ONLINE