Hafizh berkata, amat sukar untuknya menterjemahkan dengan kata-kata dan mempercayai berita gembira yang diterimanya itu.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada Herve (Poncharal) kerana percaya kepada saya dan terus memberikan peluang untuk kekal bersama keluarga Tech 3 dan dalam masa sama menyertai keluarga KTM.

“Saya juga mahu menyampaikan ucapan terima kasih kepada pengurus saya, Datuk Razlan Razali (Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang), yang telah membantu mengejar impian saya untuk beraksi dalam kelas utama, MotoGP,” kata Hafizh yang dipetik kenyataannya menerusi laman sosial Facebook Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao di sini, hari ini.