Pelumba Monster Yamaha Tech 3 itu mencatat masa sepusingan dua minit 16.825 saat (s) dalam sesi kelayakan, sebentar tadi.

Mengungguli aksi kelayakan, hari ini ialah juara dunia, Marc Marquez dari Sepanyol yang mencipta masa terpantas 2:12.161s, manakala tempat kedua menjadi milik rakan sepasukan Hafizh, Johann Zarco dari Perancis (2:12.709s) dan ketiga dihuni oleh legenda Itali, Valentino Rossi (2:13.009s). - UTUSAN ONLINE