Penunggang Monster Yamaha Tech3 itu mencatat masa terbaik satu minit, 47.188 saat untuk berkongsi baris kelima bersama dua pelumba Sepanyol, Tito Rabat (Reale Avintia Racing) dan Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing).

Legenda motosikal Itali, Rossi dari pasukan Movistar Yamaha menyambar petak pertamanya buat kali pertama dalam tempoh setahun setengah dengan catatan rekod baharu lapangan, 1:46.208s, manakala rakan sepasukan Hafizh, Johann Zarco di tempat kesembilan dengan masa 1:46.830s.

“Saya sangat gembira dengan kelayakan di Mugello. Saya memperoleh keputusan yang sama seperti di Le Mans iaitu tempat ke-14 tetapi (Franco) Morbidelli (Honda MotoGP) adalah rookie terbaik dengan menghuni petak ke-12.

“Saya juga amat rapat dengan pelumba teratas, hanya 0.9 saat dan itu membuatkan saya sangat bangga. Ini adalah kelayakan terbaik saya ketika ini kerana dipisahkan kurang satu saat dengan pemenang petak pertama.

“Bagi perlumbaan esok, saya akan cuba memulakan saingan dengan baik dan menyasarkan untuk mengejar pelumba di depan kerana kelajuan keseluruhan saya boleh tahan.

“Litar di sini sangat panjang, kalau anda mengekori seorang pelumba, anda boleh mengambil kesempatan untuk melakukan pusingan yang pantas tetapi saya melakukan catatan masa yang baik dan sangat berpuas hati dengan pretasi ini.

“Terima kasih kepada pasukan kerana sejak pagi ini, kami sangat pantas dan saya akan memberi yang terbaik untuk mengutip sebanyak mungkin mata esok,” kata Hafizh yang dipetik dalam Facebook rasminya.

Penunggang negara itu kini menghuni tangga ke-17 dalam kejuaraan dunia selepas mengutip 13 mata daripada lima pusingan. - UTUSAN ONLINE