SEPANG 23 Oktober 2015-Aksi "willie" pelumba MotoGP pasukan Movistar
Valentino Rossi

Pelumba Itali itu bergelut de­ngan motosikal Movistar Yamaha dan terpaksa menduduki tangga ke-10 dalam perlumbaan di Sepanyol itu, namun dia masih mampu mengekalkan kedudukan pendahulu keseluruhan memasuki pusingan kelima.

Juara dunia tujuh kali itu bagaimanapun hanya memegang kelebihan tipis iaitu dua mata ke atas rakan sepasukan, Maverick Vinales dari Sepanyol.

“Jerez sangat mengecewakan saya dan pasukan.

“Keputusan yang diraih adalah di luar jangkaan, terutama selepas apa yang telah ditunjukan pasukan dalam tiga perlumbaan pertama tahun ini.

“Malang sekali kami kalah dengan jurang tipis kepada dua penunggang Honda tetapi saya masih berada di depan mereka dari segi pungutan mata keseluruhan dan ini masih sesuatu yang positif.

“Bagaimanapun, kami perlu bekerja keras dan memahami mengapa kami bergelut di Jerez. Dalam perlumbaan itu, ia lebih kepada keadaan persekitaran dan kombinasi antara tayar dengan jentera M1 yang tidak sesuai dengan permukaan trek.

“Atas sebab ini, kami tidak mahu perkara sama berulang hujung minggu ini. Biasanya motosikal M1 kami sangat bagus, ia sentiasa mengharungi perlumbaan yang baik sejak tahun lalu.

“Bagaimanapun kami perlu tunggu dan saya harap keputusan yang baik dapat diperoleh nanti,” kata Rossi.

Keadaan cuaca di Le Mans juga dijangka menjadi cabaran terbesar buat pelumba kerana sesi latihan semalam terganggu akibat hujan, dan Rossi menjangkakan cuaca sama mungkin memba­yangi perlumbaan sebenar.

“Cuaca sangat buruk, ia amat sejuk dan kami juga menjangkakan hujan pada hari perlumbaan.

“Amat penting untuk menguji keupayaan dalam keadaan cuaca begini.

“Kami pernah menjalani sesi ujian sehari (di Le Mans) sebelum ini untuk memahami keadaan permukaan trek dan ia tidak begitu bagus. Cuaca amat sejuk, trek basah di sebelah pagi tetapi kering pada sebelah petang,” kata Rossi lagi. – AGENSI