Pelumba Itali itu mencatat masa satu minit, 54.877 saat di Litar Twin Ring Motegi pada ketika juara dunia, Marc Marquez yang menunggang Honda mencatat masa 0.2s lebih perlahan, malah terlibat dalam kemalangan pada hujung sesi akibat trek basah.

Aleix Espargaro memecut jentera Aprilia menamatkan latihan bebas kedua dengan masa ketiga terpantas (1:55.061s), manakala pelumba veteran Itali yang juga juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi dari pasukan Yamaha mencatat masa ke-12 terbaik.

Pelumba Sepanyol, Marquez muncul pelumba paling laju dalam sesi latihan pertama di sebelah pagi dengan masa 1:55.418s, malah catatan itu masih bertahan pada separuh saingan sesi kedua sehinggalah Dovizioso mengatasinya.

Juara dunia tiga kali yang menunggang Ducati, Jorge Lorenzo dari Sepanyol menamatkan latihan bebas di tangga keempat, mengetepikan Johann Zarco dari Yamaha serta Danilo Petrucci (Ducati) masing-masing di tangga kelima serta keenam. - AFP